25 February 2009

Pameran Dinasor Di Petrosains


Pada Ahad lepas, saya dan keluarga ke KLCC untuk jalan-jalan hari minggu. Kebetulan di Petrosains ada pameran Dinasor. Tiket dewasa hanya RM 6. Jadi saya dan keluarga berminat untuk melihat pameran tersebut.

Pameran ini amat menarik kerana pengunjung didedahkan dengan dinasor menggunakan teknologi yang canggih. Replika yang bergerak disamping sound effect amat menarik minat aku. Terdapat beberapa replika dinasor boleh dilihat.

Selain itu, terdapat juga permainan-permainan untuk dicuba seperti menggunakan teknologi komputer. Malah kanak-kanak boleh bermainan beberapa permainan lain seperti menjawab soalan, memberi makan dinasor dengan menggunakan senapang angin, mewarna dinasor, mencari rangka dinasor dan lain-lain lagi.

Pameran ini amat sesuai untuk kunjungan keluarga untuk menambah pengetahuan dan pendedahan kepada kanak-kanak dengan maklumat.



1 comment:

  1. bya, mananya selipar langkawi...kata nk pos, xsapai2 g...huhuhuhu

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon