15 February 2009

Lama tak nampak?

Aku yang lama menghilang kerana kesibukan tugasan harian. Bila masuk ke blog tak sempat untuk menulis. Bukan sahaja tugasan pejabat malah tugasan rumah juga.

Aku baru sahaja pindah rumah, jadi banyak perkara perlu diselesaikan. Berkemas, ubah suai, touch up dan lain-lain lagi.

Dalam masa yang sama, website aku telah diblok oleh domain provider. Ini kerana hacker telah menggunakan domain aku untuk membina phishing web sebuah bank luar negara. Oleh tersebut, domain aku telah digantung. Pihak hosting telah cuba membantu untuk selesaikan masalah ini. Namum aku telah putus asa untuk teruskan web tersebut. Bagi aku, script yang aku guna untuk web aku tidak selamat dan mudah untuk di hack.

Oleh itu, aku cuba untuk membina web yang baru. Sekarang untuk pilih script dan konsep yang baru untuk web aku. Sebelum ini berkonsepkan komuniti.

Sehingga sekarang, masih belum jumpa konsep dan script yang sesuai. Ada sebarang idea? Sila tinggalkan komen. Terima kasih.


EmoticonEmoticon