25 February 2009

Hotel Langkasuka, Langkawi Kedah





Hari ini aku ada mesyuarat di Hotel Langkasuka, Langkawi. Musim bukan cuti sekolah, memang tiada masalah untuk check in walaupun lebih awal. Ini kerana banyak bilik kosong.

Hotel ini berada berhampiran dengan pekan Kuah, Langkawi. (Dalam lingkungan 4-5 km). Hotel ini bersambung dengan Komplek Langkawi iaitu sebuah pusat membeli belah 3 tingkat. Pengunjung boleh terus membeli belah di sini tanpa perlu ke Pekan Kuah. Harga pun berpatutan, tetapi jika ingin lebih banyak pilih, pengunjung boleh ke sana. Teksi ada di sediakan di depan hotel.


Bilik agak selesa dengan saiz bilik agak luas. Kemudahan pun selesa. Wifi hanya boleh diakses di kawasan bilik mesyuarat atau ruang tetamu sahaja. Di tingkat 4, disediakan ruang untuk berehat dan surf internet. (sebelah bilik mesyuarat).

Permandangan bilik terbahagi kepada dua. Bilik aku menghadap bukit dan kawasan rumah dan sebelah lagi menghadap laut.

Makanan di hotel ini agak baik. Untuk minum pagi,petang dan malam disediakan makanan agak berat. Seperti petang tadi nasi goreng, minum malam mee sup dan kuih. Makan malam seperti biasa, disediakan beberapa lauk, buah-buahan dan sayur-sayuran.


EmoticonEmoticon