13 January 2009

WiFi Kuala Lumpur


Best la Wireless Free Internet Kuala Lumpur ini. Pengguna boleh menggunakan sehingga 600mb sebulan servis ini. Yang paling best, ianya percuma! Jika pergi ke kedai mamak, pasti didapati ramai pengunjung membuka laptop sambil perkena secawan teh tarik.

Fenomena ini bermula apabila WiFi KL mula beroperasi. Penduduk Kuala Lumpur akan menerima kemudahan secara percuma. Tidak lagi perlu ke kedai-kedai kopi mewah untuk menikmati internet tanpa wayar percuma.

Diharap servis ini dapat diperluaskan ke seluruh Kuala Lumpur. Buat masa ini, perumahan aku belum menerima servis ini. tetapi perumahan sebelah dah ada, ini membuat aku cemburu ni. Padahal, tak jauh pun jarah antara perumahan rumah aku (1B) dengan perumahan setapak jaya 1A. Kalau dah ada servis ini kat rumah, tak perlu lagi brodband internet kan? Servis percuma ini boleh tahan tahap kelajuannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai servis ini, sila layari http://www.wirelesskl.com

2 comments:

  1. Salam..

    besh2.rumah anem pun tak sampai lagi.
    hampir..sebab dah ke area (peer to peer))..

    sabo2.eheh.

    ReplyDelete
  2. tu la.. kalau dapat kan best...
    satu malaysia lagi bagus..:)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon