06 January 2009

Hari-hari yang berlalu

Hari berganti hati,
Minggu berganti minggu,
Bulan berganti bulan,
Tahun berganti tahun..

Kini berada di tahun 2009. Sungguh cepat masa berlalu (ungkapan selalu didengari). Bagi aku, setiap detik hanya sama pergerakkannya, cuma kita yang telalu sibuk dengan tugasan harian. Kadang kala terlupa tentang masa. Begitu pentingkah tugasan harian kita?

Renungkan kembali tahun 2008. Adakah ianya berjalan seperti dikehendaki?.....

Ya dan tidak!..
Senarai tiada dalam perancangan berlaku 2008:
- bertukar tempat kerja
- bertukar skop kerja
- beli laptop baru
- terbina blog Riwayat Hariku

Perancangan tidak tercapai tahun 2008:
- pindah rumah sendiri (rumah belum siap)
- jadi kaya raya (hahahaha sapa tak mahu kaya angkat tangan!)
- perluaskan laman web aku (www.mykomuniti.com)

(Agak-agak ada lagi kot tapi tak sempat nak pikir)

Perancangan 2009 belum lagi siap tetapi draf telah ada. Korang macam mana?


EmoticonEmoticon