15 January 2009

Batuk


Ni cerita pasal batuk. Dah 3 hari aku batuk. Paling teruk, malam tadi, tetiba jam 5.00 pagi terjaga kerana batuk yang terlampau. Tekak aku seperti sedang digaru-garu dengan bulu ayam. Tak tertahan sangat hingga termuntah-muntah.

Masa tu, berair lah mata kerana menahan muntah. Pas tu, minum air suam dan makan ubat batuk. Pas tu, baru lah lega sikit.

Malam ini, tak tahu pulak apa cerita sebab siang pun aku dah batuk-batuk. Sekerang pun batuk-batuk tetapi masih terkawal. Takut pulak tetiba tengah malam, terbatuk-batuk lagi. Memang parah! Dah lah waktu tidur terganggu, sakit pulak kepala semasa batuk.

Aku pasti, ramai yang mengalami masalah seperti aku. Dan paling tak best, batuk ni sukar nak baik. Walaupun demam dah sembuh, tapi batuk masih melekat. Kadang tuh boleh sampai sebulan batuk. Iks.. kes berat tuh.

Info batuk:
Untuk makluman kepada pembaca semua batuk bukanlah satu penyakit tetapi merupakan suatu tanda penyakit.

Terdapat tiga jenis batuk yang sering dihadapi oleh kebanyakan kita.
- Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
- Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
- Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

Batuk jenis (1) dan (2) berkemungkinan juga tanda-tanda penyakit lelah yang tidak berterusan di mana tanda-tanda ini wujud semasa jangkitan virus pada saluran pernafasan. Batuk yang berlebihan terutama jenis batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan, tidak hanya menyebabkan seseorang tidak selesa malah kekal kesakitan apabila batuk.

Sumber: Oleh Noor Hasani Hashim, Pusat Racun Negara, USM (http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/racun/1997/um5.html)

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk:
- Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
- Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
- Alahan
- Asma
- Merokok
- Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
- Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
- Tekanan
- Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan:
- Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
- Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
- Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
- Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
- Berhenti merokok
- Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
- Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my

Disamping itu, kita boleh amalkan petua-petua orang dulu untuk mengawal batuk seperti:
- makan gula batu
- minum jus asam jawa
- makan madu diperah asam limau


EmoticonEmoticon