18 December 2008

Mesyuarat Di Hotel Midah


Mula terima surat panggilan mesyuarat, terpinga-pinga aku, kenapa?
Hotel Midah? Kat mana tuh?
Rasa macam pernah lihat, tapi di mana?
Punya lah terpusing-pusing mencari hotel tersebut. Aku mendapat gambaran Hotel Midah tu di area bukit Bintang atau Stadium Merdeka. Penat terpusing-pusing, aku pun guna bantuan Mr Google.

Rupanya Hotel Midah berada di Jalan Kampung Atap! Susah-susah je aku cari. Walaupun di tempat sendiri, tapi masih tak jumpa. Ini kali pertama aku ke hotel ini. Ia berhadapan dengan Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG).

Hotel ini boleh tahan juga cantiknya, walaupun bangunan hanya kelihatan biasa. Apabila memasuki ruang reception, sususan perabot, hiasan dan design agak menarik. Hotel Midah merupakan hotel bertaraf 3 bintang yang inklusif.


Dari segi bilik, ruang agak selesa dan dilengkapi dengan perabot yang memuaskan. Bilik diselangara dengan baik. View hanyalah bangunan disekeliling hotel dan jalan raya.


Cafe hotel berada di tingkat 6 dan ruangnya sederhana besar. Boleh memuatkan sejumlah 100 orang (ramalan aku je). Makanan yang disediakan biasa sahaja. Untuk sarapan, menu tidak mempunyai banyak pilihan. (normal seperti kebiasan hotel 3 bingtang lain). Makan tengah hari hanya menyediakan 2 jenis lauk, 1 jenis sayuran, 2 jenis buah, kuih-kuih dan minuman. Menu yang agak kurang memberangsangkan.



Bilik mesyuarat seperti setting biasa. Disediakan gula-gula dan 1 jag air di atas meja beserta gelas. Bagi aku kurang sesuai kerana memenuhkan meja dengan jag agak besar beserta 3 gelas. Lebih baik hanya letakkan di meja belakang dimana kepada yang ingin mendapatkannya boleh ke meja belakang.

Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini, anda boleh kunjungi laman web Hotel Midah.


EmoticonEmoticon