20 December 2008

Madam Lim's Kitchen

Malam tadi kami ke Jusco Setiawangsa untuk jalan-jalan cari makan. Memang terdapat banyak outlet restoran untuk dipilih mengikut selera anda sama ada barat, mamak, india, masakan panas, satey dan sebagainya. Jika restoran outlet tidak memenuho selera anda, sila kunjungi food court Jaya Jusco yang menyediakan lebih banyak gerai makanan untuk dipilih.

Kami memilih untuk mencuba restoran Madam Lims Kitchen. ia menyediakan masakan nyonya (masakan panas). Menunya terdiri daripada nasi, mee, kuew tiow, tomyam dan lain-lain. Aku cuba makan nasi goreng tom yam dan air kopi ais. Penilaian aku, masakan panas Thailand lebih lazat. Sememangnya semua maklum, kedai masakan Thai lebih pakar dalam menyediakan masakan panas seperti nasi goreng, tomyam, sup dan lain-lain lagi.

Dari segi interface, Madam Lims Kitchen kelihatan menarik. Menyediakan ruang makan di dalam outlet dan luar. Menggunakan perabot kayu untuk melihatkan unsur-unsur old town.

Harga berpatutan. (harga nasi gorang aku RM 5.50 dan air kopi ais RM 2.50 sahaja). Bagi mereka yang ingin mengubah selera, boleh kunjungi Madam Lims Kitchen di jaya Jusco Setiawangsa.









2 comments:

  1. hai..last week i baru makan masakan dia..currently sedap lah cuma service dia xbaper elok sikit..by tha way oklah..i bagi 3 star..

    ReplyDelete
  2. mungkin tgk menu juga kot,
    apa yang dee makan yek?

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon