04 December 2008

Lawatan Ke Kilang Membuat Labu Sayong

Hari ni aku kena buat tugasan tentang labu sayong di Kuala Kangsar. Dari hotel Seri Malaysia ke Kuala Kangsar memakan masa 1 jam menggunakan jalan lama. Aku dan rakan-rakan ke sana menggunakan bas yang disediakan.

Kilang yang kami lawati ialah KZ Enterprise yang semangnya berpengalaman dalam bidang ini. Ini merupakan kali pertama aku melihat proses membuat labu. Sebelum ini pernah dilihat hanya dalam rancangan TV dan video. Perniagaan membuat labu oleh KZ Enterprise merupakan perniagaan keluarga yang diwarisi dari turun temurun oleh kelurganya.

Aku amat kagum dengan hasil pembuatan labu ini. Kebanyakkan dilakukan masih secara manual seperti membuat ukiran. Namun begitu, teknologi moden telah banyak diaplikasikan dalam menghasilkan labu ini seperti alat pembakar dan mesin untuk memproses tanah liat. Pasu juga banyak digunakan acuan kecuali yang bersaiz besar masih dibentuk secara manual.


Pasu yang siap dan sedia untuk dijual

Pasu besar ini penghias dihalaman rumah beliau

Pasu yang disiap diukir tapi belum dibakar

Designer sedang membuat ukiran pada pasu secara manual tanpa draf.

Setiap pasu diukir hanya memakan masa 15 minit sahaja.

Labu sayong yang telah siap dibakar dan sedia digunakan.

Antara hasil yang telah siap diukir dan dijemur sehingga kering

Pasu besar di bentuk secara manual

Pasu yang berwarna natural

Pasu yang telah siap diwarna dan dibakar.

Pasu-pasu dipamerkan untuk dipilih pembeli

Labu sekarang banyak digunakan sebagai hiasan dalaman dan juga taman.

3 comments:

  1. ITU KAT K.KANGSAR KE...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi singgah Faizul.

    haah. kampung apa ek..? lupa plak.. tak jauh dari pekan kuala kangsar.

    ReplyDelete
  3. it would really help if you put the address of the place here.

    manalah tau kot-kot orang lain pun nak pergi ke sana juga kan? >w<

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon