06 December 2008

Jaya Jusco Setiawangsa

Semalam aku baru balik dari Ipoh petang dalam jam 6.00 petang sampai KL. Banyak sungguh persinggahan sebelum sampai KL. Mula-mula dorang nak beli limau bali, pas tu singgah plak kat hentian Tapah untuk beli jambu dan buah lain. AKu hanya turun minum, tambah tenaga sikit. Perjalanan hari semalam hujan jer.

Sampai jer rumah malam tu aku ajak keluarga aku ke Jaya Jusco Setiawangsa yang baru dibuka pada hari Jumaat 5 Disember 2008. Selepas Isyak, kami semua bertolak ke sana.

Perjalanan amat sesak untuk masuk ke Jaya Jusco (JJ) tersebut. Maklumlah, hari pertama pembukaannya. Ramai yang berpusu-pusu untuk melihat Jaya Jusco yang baru di buka termasuklah aku sekali. (heheheh) Ada yang parking diluar kawasan JJ untuk mengelakkan kesesakan. Aku redah je. Memang parking banyak disediakan, jadi tiada masalah untuk aku cari ruang parking yang terletak diruang bawah (basement).

JJ baru ini memang menarik. Itu yang aku dapat katakan. Mungkin kerana design yang baru dan terkini ingin diketengahkan. JJ kali ini menggunakan teknik open air untuk outletnya. JJ hanya menggunakan kipas dan bumbung tidak tertutup keseluruhannya. Hanya pasaraya JJ dan didalam outlet sahaja dilengkapi aircond.

Di tengah-tengah kawasan JJ dibina taman beserta air panjut untuk tempat pengunjung berehat. Kawsan JJ Setiawangsa juga amat luas. Terdapat 2 tingkat kawasan membli belah termasuk outlet kedai-kedai pakaian, kompouter, dobi, video, restoran dan sebagainya.

Food court JJ terletak didalam pasaraya JJ. Ditengah-tengah food court disediakan ruang permainan kanak-kanak. Seronok la anak-anak aku.. dapat main..

Aku kemudiannya makan malam di Laksa Shack. Di food court terlalu ramai orang. Seperti biasa kegemaran aku mestilah Laksa Johor. Aku ambil set laksa (laksa johor, 2 otak-otak dan air sirap cincau hanya RM 14.99). Kemudian pusing-pusing sekitar JJ sehingga jam 10.00 malam.

Masih banyak kedai yang belum dibuka sepenuhnya (lebih kurang 25 peratus lagi). Namun seronok juga windows shopping di sini. Ruang yang luas, kedai yang banyak dan perking yang mudah. Kepada yang belum lagi ke sana, segera lah melawat untuk melihat sendiri JJ ini.

1 comment:


EmoticonEmoticon