02 December 2008

Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Hari ni aku ke Hotel Seri Malaysia, Ipoh kerana ada kursus di sini. Selama 4 hari 3 malam aku akan berada di sini. Tadi bertolak dari opis jam 2.30 dan baru je 5.30 sampai di hotel. Terus check in dan masuk bilik, on computer, tulis blog. hehehe..

Dalam bas pun buka laptop (kejap je, pas tu tutup sbb pening, bas goyang-goyang da..)

Tadi dalam bas aku tidur jer.. hehehe.. Benti kat hentian Sepah jab, minum-minum, pas tu sambung perjalanan. Sampai di sini hujan. Sebenarnya dalam perjalanan tadi dah hujan masa masuk Ipoh. Tak lebat sangat, renyai-renyai sahaja (apa hujan pun cerita ker?)heheheh

Ni kat Hentian tapah, benti minum dulu.

Bilik di Seri Malaysia biasa ajer, tak luas sangat. Cukup-cukup ruang sahaja. Tapi lebih baik dari Hotel First World Hotel, Genting. Ruang agak besar tapi masih dalam kumpulan bilik kecil lagi. Ada disediakan almari, TV, rak kasut, kopi,teh dan water heater (boleh buat kopi)

Ni roomate aku pun turut buka laptop


Ni bilik aku kat Seri Malaysia (Bilik 120)

So, bilik aku ni depan port wifi, best lah ni.. signal kuat beb.. boleh lah online.
Itu sahaja untuk kali ini, chow..


EmoticonEmoticon