16 December 2008

Holiday In Langkawi #2

Hari kedua Langkawi...
Pagi itu kami bersarapan di hotel. Makanan biasa sahaja. Pengunjung berpusu-pusu untuk bersarapan. Oleh sebab tempat yang penuh, aku mengambil tempat di tepi kolam.


Selesai bersarapan, kami mula bertolak ke Pekan untuk beli barang-barang yang patut seperti beg, coklat, rokok dan sewaktu dengannya. Pekan Kuah amat meriah kerana ramai pengunjung yang membeli belah. (Seakan-akan pesta membeli belah-ada sale ker? hahahhaa)



Selesai membeli apa yang patut, kami bergerak pula ke Makam Mahsuri. Musim cuti sekolah ini, pengunjung sememangnya ramai. Oleh kerana cuaca yang panas dan aku sendiri pun penat, aku hanya berehat di dalam kereta. Lagi pun, aku pernah melawat Makam Mahsuri sebelum ini.


Kemudian perjalanan diteruskan ke Beras Terbakar. Semasa perjalanan ke sana, kami singgah di kedai menjual minyak gamat. Beberapa produk di jual di kedai tersebut seperti minyak gamat, kopi gamat, sabun susu kambing, sabun gamat, sabun kecantikan, ubat-ubatan dan sebagainya. Aku hanya beli sabun dan kopi tongkat ali (heheheh).
Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Beras Terbakar. Singgah sekejab sahaja sambil melihat deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. (pakaian paling banyak) Oleh kerana semua sudah kelaparan, kami bergerak ke Pantai Chenang untuk makan tengah hari ( dah jam 3 petang). Banyak kedai telah kehabisan lauk. Akhirnya kami singgah di sebuah kedai yang menyediakan masakan panas dan goreng.

Sebelum pulang ke hotel, sempat singgah dulu di The Zone iaitu sebuah pasaraya yang terdapat di situ. Ia bersebelahan dengan Water World. Seperti biasa, the Zone menyediakan barangan seperti minyak wangi, pakaian, coklat, beg dan lain-lain lagi.



Petang itu kami berehat sebentar dan kemudian sambung aktiviti mandi kolam...

Pada malam hari tersebut, kami pun keluar kembali untuk shoping kali terakhir kerana esok kami akan pulang. Pagi esok pasti tidak lagi berpeluang untuk singgah ke Pekan Kuah. Lagi pun aku ingin melihat suasana di pekan Kuah di waktu malam.

Seperti biasa, pekan Kuah tetap meriah walaupun di waktu malam. Kami tiba di sana kira-kira jam 9.30 malam. Masih banyak kedai yang masih beroperasi dan pengunjung masih bertali arus melawat kedai-kedai yang berkenaan. Kedai ke sana kebanyakkan tutup pada jam 10.00 malam-10.30 malam.


EmoticonEmoticon