15 December 2008

Holiday in Langkawi #1


Pada Khamis lepas, kami sekeluarga ke Langkawi untuk bercuti semperna cuti sekolah. Perjalanan bermula pada jam 11.00 malam. Kami lewat bertolak kerana untuk pastikan sampai di Kuala Kedah tidak terlalu awal. Perjalanan malam itu amat lancar kerana cuaca yang amat baik. Kenderaan juga tidak banyak cuma lori-lori yang agak banyak.

Pada malam tersebut, aku pun banyak berhenti-henti kerana tidak mengejar masa. Jadi perjalanan dalam keadaan relaks. Kalau rasa nak tidur, aku benti dihentian, lelapkan mata sekejap. Maklum lah bila dah jam 3 ke atas. Mata pun penat. Untuk pastikan sentiasa fokus, rehat, minum kopi.. Kalau tak tahan juga, tidur jab... (20 minit gak tidur...heheheh)

Kami sampai di Kuala Kedah jam 7.30 pagi. Tiket feri jam 8.30 pagi. Perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Langkawi. Ini peluang untuk aku ganti tidur balik. Sedar tak sedar dan nak sampai ke Jeti Langkawi.


Sampai je, kami terus cuba mendapatkan kereta sewa. Pada awalnya cuba dapatkan kereta Avanza tapi malang. Semua habis di sewa. Hari tersebut kereta seperti pisang panas. Kalau lewat, memang kereta habis. Kami di tawarkan 2 buah kereta iaitu Proton Wira dan Gen 2. Memandangkan tiada pilihan, terpaksa ambil juga. Harga sewa pada cuti sekolah memang menakutkan. Sehari RM 120.00 sebiji!! Aku dimaklumkan jikalau hari biasa, harga kereta sewa hanya RM 50 - 70 sehari.


Setelah selesai membuat bayaran, kami ke pekan Kuah untuk makan tengah hari. Waktu itu baju jam 11.00 pagi. Hotel boleh check in jam 2.00 petang. Jadi sempat ronda-ronda ke Pekan Kuah dulu untuk melihat apa-apa yang patut dan makan tengah hari. Kami singgah sebentar ke Idaman Suri untuk beli apa-apa yang patut. (aku hanya window shoping... tak da nak beli apa da..)




Setelah selesai, kami bergerak ke Pantai Chenang untuk check in hotel. Perjalanan dari pekan Kuah ke Pantai Chenang memakan masa lebih kurang 30 minit. Kami telah book Hotel Aseania. Hotel ini mempunyai kemudahan yang agak baik. Petang itu, selesai check in dan berehat, kami mandi manda di kolam. (hahahaha)

Hotel Aseania ini bertaraf 3 bintang. Mempunyai 4 blok tingkat 3 dan 4. Bangunan berwarna oren dan putih memberi keceriaan kepada hotel tersebut. Kemudahan kolam dan WIFI boleh di akses sekitar kawan hotel termasuk bilik. Bilik pula disediakan TV dan Mini Bar (peti ais).

Malam itu kami keluar makan di kedai makan berhampiran hotel. Pantai Chenang di waktu malam agak meriah. Sepanjang pantai dipenuhi dengan kedai-kedai pakaian, cenderamata, hotel/motel dan kedai makan. Kelihatan kedai makan dipenuhi pengunjung. Kami sendiri terpusing-pusing untuk mencari kedai makan yang sesuai.

Malam itu, kami semua hanya berehat di hotel. Semua keletihan setelah 1 hari perjalanan.

1 comment:


EmoticonEmoticon