04 December 2008

Hari ke 3 di Hotel Seri Malaysia Ipoh

Ni hari ke 3 berada di sini. Semalam 1 hari wifi hotel problem. Amat membosankan tanpa internet. U mobile broadband masih belum ada di kawasan ini. Sungguh menyedihkan. Bila agaknya u mobile nak kembangkan rangkaian?

So, hari ni baru boleh online dan aku pun boleh update blog aku. Hari ini aku nak cerita sedikit tentang hotel Seri Malaysia Ipoh. Di sini agak jauh dari Bandar Ipoh. Untuk ke sana memakan masa 20 minit bergantung kepada keadaan traffic. Tiada kolam untuk anda dan anak-anak anda mandi manda. Namun ada di sediakan paint ball untuk anda menguji bakat.

Kebanyakkan penggunjung di sini adalah pserta kursus atau mesyuarat. Terdapat juga function pada malam hari seperti majlis makan malam, malam kenangan, perkhahwinan dan sebagainya.

Makanan di sini sedap tetapi kepelbagaian kurang. Jika anda lewat sedikit, mungkin anda akan kehabisan makanan. Mungkin jumlah makanan disediakan mengikut jumlah perserta atau pengunjung berada di sini.

Jika anda berada di bilik bawah (ground floor) anda mungkin akan diganggu oleh nyamuk. Malah waktu pagi diruang lobi boleh dihidu bau penyembur nyamuk. Mungkin kawan hotel seri Malaysia di kelilingi kawasan pokok dan semak. Ini menggalakkan pembiakan nyamuk.

Kad kunci pun disediakan hanya 1 per bilik. Ini bermakna anda perlu berkongsi dengan rakan sebilik anda. Ini agak sukar jika anda perlu kemana-mana dan jika tidak bersama dalam aktiviti.


EmoticonEmoticon