31 December 2008

Google Chrome


Aku semakin menggemari Google Chrome!
Itu yang dapat aku simpulkan. Pada mula aku menggunakan Google Chrome, aku rasakan ia masih belum dapat menandingi kegemaran aku Firefox. Namun kini aku selalu menggunakan Google Crome terutama apabila check emel gmail, lawat blog dan tulis blog. Sememangnya kelajuan melawat web google lebih pantas dengan Google Chrome.

Dari segi penggunaan memori juga, Google Chrome lebih menjimatkan memori komputer anda. Jika anda rujuk kepada task manager, Google Chrome hanya menggunakan separuh memori yang digunakan oleh Firefox. Oleh itu, Google Chrome lebih laju dan ringan berbanding Firefox.

Sebelum ini, Firefox aku telah disetting supaya load lebih pantas. Jadi untuk melawat laman web selain keluaran google, aku masih gemar menggunakan Firefox. Dengan Firefox, aku boleh download direct menggunakan Internet Manager aku. Google chrome masih belum aku jumpa.

Kepada sesiapa belum mencuba google chrome, boleh lah download dan install ke komputer anda dan buat penilaian anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawat Google Chrome


EmoticonEmoticon