25 December 2008

Credit Card

Ini adalah cerita pasal kad kredit. Buka aku yang kena tetapi rakan opis aku.
Ceritanya cam ni, semalam kawan aku ni terima bill kad kredit untuk bulan ini. Dia terkejut apabila lihat ada cas kad kredit yang berlainan. Sebuah syarikat pelancongan. Hari itu juga dia terima surat dari syarikat tersebut menghantar kad keahlian (posmen hantar sekali). Buntu juga dia ingatkan kembali, macam mana hal ini terjadi, sedangkan dia tidak pernah apply kad tersebut. Cas keahlian RM599 setahun (banyak tuh).

Apabila dicerita kembali, memang syarikat tersebut ada call beliau minta hadir ke sebuah hotel untuk diberi taklimat mengenai kad tersebut. Beliau tidak hadir ke majlis tersebut kerana ada urusan pejabat. Yang menjadi kemuskilan, bagaimana syarikat tersebut boleh kenakan cas keahlian, sedangkan beliau tidak bersetuju dan tidak hadir pun ke jemputan tersebut.

Beliau pun telefon bank bertanyakan perkara ini. Pihak bank tidak boleh berbuat apa-apa kerana bayaran telah dibuat kepada syarikat berkenaan. Beliau menelefon pula ke syarikat berkenaan. Beliau pun mempertikaikan keahlian tersebut kerana beliau tidak bersetuju untuk menjadi ahli. Syarikat tersebut berjanji akan menyemak dan akan cuba selesaikan masalah tersebut.

Aku rasa ramai pengguna kad kredit yang menerima tawaran sebegini. Ini kerana syarikat seperti ini akan mencari pemegang kad kredit untuk dijadikan pelanggannya. Kad kredit senang untuk dicaskan berbanding bayaran tunai.

Aku sendiri pernah mendapat call dari syarikat seperti ini agak lama dulu. Ceritanya lebih kurang seperti berikut. Aku mendapat call yang dimaklumkan dari syarikat kad kredit. Beliau call untuk membuat pengesahan tentang kad kredit yang aku guna. Beliau minta nama penuh, ic, ni kad, tarikh tempoh dan nombor sekuriti di belakang kad kredit. Nasib aku pernah terima emel tentang nombor sekuriti ini jangan didedahkan kepada sesiapa (emel tersebut menceritakan nasib yang lebih kurang cam aku).

Bila beliau meminta nombor tersebut, baru aku terpikir yang dia ini cuba menipu aku. Aku pun mula bertanya panjang. Baru dia terangkan dia dari syarikat kad support kepada kad kredit untuk beri panduan bla bla bla (tah apa-apa dia terang, aku pun tak paham). Aku makin percaya, dia memang cuba menipu aku. Aku pun menolak untuk memberikan nombor securiti aku itu walaupun dia agak memaksa. Aku maklumkan akan menyemak perkara tersebut dengan bank. (dia kata tak perlu, sebab maklumat semua dengan dia) Dia cuba untuk mengelak.

Akhirnya aku tak tahan dengan pot pet pot pet dia (penjelasan tah apa tah), aku letak jer telefon. Aku call bank. Bank maklum yang pihak bank tidak pernah dan tidak perlu hubungi pelanggan untuk membuat pengesahan atau sebagainya. Bank sememangnya telah mempunyai semua maklumat pelanggan. Kenapa perlu hubungi pelanggan?

Aku bertanyakan samaada akaun aku selamat jika nombor kad dan tarikh kad serta maklumat peribadi telah diberikan? Bank memaklumkan selagi nombor sekuriti tidak didedahkan, selagi itu akaun aku masih selamat. Tiada cas boleh dikenakan. Lega aku..

Jadi kepada pemegang kad kredit, berhati-hatilah dengan perkara sebegini. Jangan anda pula menjadi mangsa!


EmoticonEmoticon