22 December 2008

Annual Dinner 2008

Pada Sabtu lepas, kami sekeluarga ke majlis makan malam pejabat isteri aku di Sunway Resort Hotel & Spa. Malam tu kami sampai agak lewat kerana hari hujan masa dalam perjalanan (majlis jam 7, sampai jam 8). Tahu sahaja lah hari hujan, mesti jalan teruk.

Masa kami sampai, tetamu dah mula makan yang disediakan secara buffet. Kami pun terus makan setelah jumpa meja yang telah disediakan. Makanan di sini memang best, banyak pilihan. Terdapat ayam, daging, kambing, seafood, nasi, mee, buah, kuih, roti, sup dan lain-lain lagi.

Seperti biasa, kegemaran aku seafood la. Sambil makan, boss mula buat ucapan dan sedikit penerangan tentang profit syarikat. Kemudian, diteruskan dengan persembahan. Tarian gelek oleh penari tanah arab memang gempak. Bukan selalu dapat tengok tarian luar cam tuh..

Kemudian majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah. Isteri aku agak bertuah kerana berjaya memenangi vacuum Pensonic. Hadiah utama pada malam tersebut seperti TV LCV, handphone, DVD palyer, camera, dan sebagainya.

Majlis diteruskan dengan persembahan Jazz oleh kumpulan Black Machine. Majlis selesai pada jam 11.00 malam.
















EmoticonEmoticon