08 November 2008

Tengok Wayang Di Genting

Malam ni Boss aku belanja tengok wayang di sini. Tiketnya hanya RM 12 ringgit dan ceritanya 007 James Bond. Best citer tuh. Aksi-aksi yang amat ganas.. Sesuai untuk 13 tahun ke atas.

Masa masuk panggung aku agak terkejut juga. Kerusi yang disediakan hanya kerusi banquit yang biasa. Kalau di KL panggung dilengkapkan dengan kerusi statik. Kami dimaklumkan boleh ubah dan jarak-jarakkan kerusi jika kurang selesa.

Apa aku dapati, panggung ni sebenarnya dewan serba guna di mana bukan sahaja dijadikan panggung malah dewan untuk sebarang pertunjukan. Ini kerana terdapat pentas dihadapannya. 2 jam duduk di kerusi cam tuh, penat.. memang kurang selesa. Lepas ni, mungkin tak nak tengok lagi kat situ. Baik tengok di KL yang jauh berbeza. Kalau korang nak rasainya sendiri, datang ler sini.


EmoticonEmoticon