24 November 2008

Seks Cara Islam

Info ni aku dapat dari emel. Bagus untuk pengetahuan pasangan sudah berkahwin, akan berkahwin dan bujang. Yang baik dijadikan teladan dan buruk dijadikan sempadan.

Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita
sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal
bersulit-sulit dengan
suaminya.Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan:

1. Bertenang Ketika Memulakan Jima
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya ke dalam faraj
isteri,bertenanglah dan sama-samalah dengan suami
membaca Bismillah.Ketenanga n ini penting bagi penghayatan rasa,dan Insya Allahisteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan.Rasulullah s. a.w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib
danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan
membisikkan kepada isterinya dengan tenang.


2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lidahnya
Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah
s.a.w., kernalah ia juga akan membantu suami agar
tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita
kerana bersatunya nafas, kenikmatan yang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri
menyerahkan jiwa dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga
kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.


3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas
isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: "Anak itu milik
yang menjadi hamparan (wanita)". Posisi inilah
yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun,posisi inilah
yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh
dihamparkan selebar mungkin.


4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi
kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami dalam keadaan terlentang sementara suaminya juga baring terlentang.Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan
segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak
boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk juga oleh perubatan moden.


5. Cara Mendapat Anak
Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan
isteri mudah hamil,sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya( kelentit) .Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju
dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa
rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri
mendapat anak lelaki, dan ini dipersetujui juga oleh perubatan moden.


6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of
Healing~Banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda.Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi.Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih benseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang masih umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta,
dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.


7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing
tertahan,kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut.Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan
dan mempertingkatkan tenaga jima.


8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan
fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah
rahim,tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan
payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.SELAMAT MENCUBA DAN BERIKHTIAR
Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada
serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin.Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa
nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.


Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan
zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'.Batang zakar harus sentiasa panas.


Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah
selesai makan nasi,melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.


Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan.Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.


Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia
melemahkan zakar.


Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya
setelah 2 minit suapan terakhir.


Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini
membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.


Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas
berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.


Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan
zakar.


Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.


Kurangkan dari memakan Pisang Embun.


Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air
panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.


Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.


Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar
dan melemahkan zakar.


Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur.
Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar,tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.


Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih
dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.


Jangan jima' di dalam air.


Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15
minit.


Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana
mengakibatkan mati pucuk.


Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas
klimaks.


Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana
mendatangkan penyakit.


Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga
lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Petua lebih tua dari Ilmu !!!


EmoticonEmoticon