Petang yang hujan
Dah 2 hari aku kena hujan bila balik kerja. Ini lah nasib mat motor seperti aku. Bila jalan jam, aku tersenyum riang kerana boleh mencilok, tapi kalau hujan, terkandas lah bawah jambatan. Pakai baju hujan pun, kalau lebat sangat basah juga. Lagi masalah kalau masuk ke beg laptop aku.. iks.. kena jaga betul-betul. Kalau masuk, parah aku nanti...
Dari hari Khamis, kebasahan sampai Jumaat pun kena lagi. Pada hari Khamis, terpaksa menunggu sampai jam 7.00 malam baru boleh gerak dari opis. Pada hari Jumaat plak lagi teruk, baju hujan tak bawa. Semalam jemur, lupa nak bawak. Keluar opis cam dah reda, masuk jer kawan KL, perh... Kuyup..
Tapi nasib dah time balik jer hujan, kalau masa pergi kerja belah pagi, lagi masalah. Kalau naik kereta, sure merah punch card aku. Jalan jem teruk, oas tu penat plak nak sampai opis.. Dugaan kat KL nih..
Senang naik LRT kot..
Ni wajah basah kuyup
Kena hujan, pas tu hisap rokok
Moto ku turut basah kuyup, cian..
Hari Jumaat punya cerita
EmoticonEmoticon