05 November 2008

Pendapatan dari danaforex.com


Aku hanya nak berkongsi sahaja, bukannya menjaja untuk ajak anda semua masuk. Inikan blog tentang aku, jadi aku nak cerita tentang semua yang berlaku dalam hidup aku.
Ini adalah cubaan aku untuk dapatkan pendapatan dari internet. Hari tu ada sapa yang hantar emel tentang program nih. Masa tu aku dok cari maklumat mengenai forex. Bila aku baca penerangan, kira program ni ok. So, aku masukkan 1 lot (rm35 sahaja) untuk pelaburan ini. Kalau rugi tak lah banyak sangat kan. Masa tu pun ramai dah masuk, ada yang 10 lot.

Pada awalnya ewallet (akaun maya) aku dah jadi negetif us-0.309. Masa tu, dah 2 minggu proses pelaburan. Aku pun dah risau sangat. Kemudian, minggu ketiga baru lah ada untung urusniaga forex tuh. Naik la untung aku. Hingga hari ini, usd 0.779. Dah hampir 1 usdolar dah tuh. Keuntungan dikira selepas 1 urus niaga. Keuntungan dibahagi dengan jumlah lot. Tu yang dapat beberapa sen sahaja.


Mungkin ada sesiapa berminat dengan program ini tetapi dukacita dimaklumkan program ini belum lagi membuat pengambilan baru. Proses update keuntungan secara manual, jadi dia orang tak nak ambik ramai sebab proses update lambat.

2 comments:

  1. tak sempat balik modal, program ni dah kerugian. peserta awal2 dulu selepas kerugian dimasukkan ke beberapa domain lain kononnya untuk backup kerugian. last2 setelah sekian lama, admin umum x boleh nak cover lagi kerugian. akaun laman kena tutup. akaun yang baru daftar masih beroperasi.

    Sapa nak join tu, pikir2 la yek. benda ni bukan menjamin keuntungan dan berisiko

    ReplyDelete
  2. baik korang belajar trade sendiri kemudian trade sendiri
    keuntungan sendiri
    tp sebelum sertai, pastikan anda betul2 mahir kerana dunia forex ni, dari 10 hanya 2 je berjaya, 8 lagi? pikir la sendiri

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon