11 November 2008

Mengecat rumah

g* post ni malan tadi tulis, tapi tak boleh tulis sebab internet down, di post semula hari ni*

Malam ni aku baru lepas cat rumah. Tadi tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak sebab tangan aku penuh dengan cat. Maklumlah tukang cat amatur. Lagi pun kalau tangan tak kena cat, tak plak kira mengecat kan??...hehehe.

Aku sebenarnya mengecat rumah aku untuk di sewakan. Penyewa bercadang nak pindah ke rumah bulan depan dan rumah aku nih masih banyak perlu aku perbetulkan. Masa aku beli rumah ni, keadaannya agak teruk! Jadi aku perlu perbetulkan sikit, baru penyewa selesa. Sebelum ni aku dah betulkan paip, lantai dan beberapa perkara yang mudah-mudah. Bukan apa, kalau kerja yg senang-senang tu, baik buat sendiri. Kalau upah pun, byk juga belanjanya..

Tadi pas Isyak, aku keluar mengecat. Cat 1 tong 7 liter habis tapi belum siap sepenuhnya. Ni tong yang kedua dah. Aku beli cat jenis ici yang RM 37 jer. Aku tukar cat asal warna pink/ungu kepada warna hijau lite. Tu yang teruknya apabila warna gelap nak di ganti dengan warna cerah. Perlu di cat 2 layer, baru hilang warna asal dia. Penat tul..

Masa aku cat tadi, datang bapa mertua aku tolong.. ringan sikit kerja aku. boleh siap cepat sikit..

Adus.. penat tul malam nih.. Esok kerja! Kena rehat.. Besok nih mesti liat nak bangun kerja.. :)


EmoticonEmoticon