06 November 2008

Malam ini yang dingin

Malam ni aku ngantuk sangat, ingat nak juga tulis blog apa-apa jer tapi tak boleh... Mata dah tak tahan. Walau aku dah pasang ubat nyamuk aku yang wangi ni pun masih tak boleh. Ni sebab semalam aku dah tido lewat. Lagi pun, ari ni banyak post aku dah buat..

Tadi plak dah makan banyak, bila dah kenyang, mata pun mula ler...
Badan pun agak penat nih.. Esok pun program ada lagi, walaupun aku banyak dok saja masa program nih.

Kalau korang tengok mata aku pun dah tak boleh buka sangat. Muka pun nampak sangat ler orang kepenatan. Tadi boss ajak juga minum teh tarik malam-malam, tapi warung plak tutup. Jadi malam ni aku cadang nak tido awal sikit. Rehatkan mata dan badan. Esok tengah hari dah nak balik KL. Selamat tinggal Cherating esok!!


EmoticonEmoticon