30 November 2008

Makan satey

Semalam. aku bersama keluarga ke Taman Melawati untuk makan satey. Maklum dan gaji nih, selera pun besar lah sikit.hehehe. Rupanya musim gaji nih, memang ramai yang makan besar, bukan aku sahaja. Kat kedai satey tu punya lah ramai orang.

Nasib baiklah ada tempat duduk untuk kami sekelurga. Aku oder 10 ayam dan sepuluh daging satey sahaja. Malam-malam mana boleh makan banyak-banyak kan? Jaga kesihatan.

Apa yang kurang puas hati ialah, rasa satey ayam yang aku minta tu dah kurang elok rasanya. Rasa semacam plak. Mula makan tu tak perasan sangat. Bila dah makan 4 batang baru rasa plak tak sedap. Ia seperti ayam yang agak lama. Bukan aku nak buat cerita tetapi itu yang aku rasa. Mungkin satey tersebut tersedikit lama diperap.

Kadang-kadang peniaga perlulah jaga kesegaran dan kepuasan hati pelanggan. Memang diakui sateynya dikenali ramai dan famous seluruh Malaysia. Sebagai ingatan bersama, tak kira berniaga apa, prestasi perlu dijaga. Bila kena cam nih kat aku, aku dah buat andaian, sateynya dah tak sedap macam dulu. Mungkin dah ramai orang, buat sambil lewa. Pendapat aku la.. Atau mungkin juga pembekal daging ayam menghantar stok lama? mungkin juga..

Itu lah, pas makan tak plak kena keracunan makanan dan ini bermakna satey tu masih elok dan boleh dimakan cuma kesegarannya dah kurang. Kurang KICK... jadi peniaga-peniaga makanan perlu sentiasa jaga tahap kesegaran makanan untuk terus kepuasan hati pelanggan seperti aku..
hahaha...

Azwar memang suka makan satey

Yam yam.. kena ada kuah sikit, baru best...


EmoticonEmoticon