05 November 2008

Makan satar, otak-otak ikan sotong tepung dan .....

Sementara berada di Cherating ni, boleh la lagi hari ni pergi lagi ke Kuala Kemaman, Terengganu untuk makan satar dan otak-otak. Hari ni ke kedai lain plak yang betul-betul di kampung Kuala Kemaman. Menu ari ni, otak otak, satar, tepung goreng bertepung, ikan goreng bertepung, air kelapa. Hmmm.. memang menyelerakan. Jika anda ke Terengganu atau Cherating, singgahlah ke Kuala Kemanan untuk merasai kenikmatan satar dan otak-otak Kemaman ini.

Hujung sekali jalan yang aku lalui ke kedai makan ialah jeti Perikanan. Tempat untuk naikkan ikan dari bot nelayan.Hari ni sempat aku mengambil beberapa gambar untuk dipublish kan kat blog aku.





Ni tinggal bekas jer yek. Takut korang terliur plak

Pas makan, aku pergi plak ke kilang ikan bilis dekat situ jugak. Beli apa-apa yang patut. Harga murah tul..


Ni Kuala tempat bot dan kapal nelayan parking.


EmoticonEmoticon