12 November 2008

Kenapa post aku pendek-pendek?

Bila aku melawat blog orang lain, mesti post masing panjang-panjang. Ceritanya panjang lebar untuk satu hari.

Berbeza sekali dengan aku, satu hari mesti 2 atau 3 post. Tapi post pendek-pendek.
Jawapannya aku tak suka menaip panjang-panjang sebab bila panjang-panjang post, mula lah aku melalut ke topik-topik tah apa-apa. Lagipun idea aku kurang lagi dalam dunia penulisan. Masa aku study dulu pun, kalau nak buat karangan buakan main susah nak pikir. Aku ni jenis tak reti sangat nak mengurai-ngurai. Kalau tulis mesti nak terus je tulis. Kalau ada apa nak tulis, baru boleh tulis. Kalau tak ada idea, tak suka nak perah otak cari isi-isi yang best.

Lagi satu, aku taip mesti tak da nak semak-semak balik. Pas taip, terus post jer. Kalau baca balik baru aku perasan ayat mesti tunggang terbalik.. hahaha.. Rugi je google buat butang preview..


EmoticonEmoticon