Hari yang malap
Malap? Tajuk bukan main dasyat.. Malap bagi aku sebenarnya ngantuk.. Ngantuk yang amat sangat. Pagi tadi punya lah susah nak bangkit dari tidur.. Bercinta....(senyum sorang diri)
Dah 3 malam aku tidur lewat, hari ni dah tak cukup tidur. Badan mula rasa lemah-lemah. Kalau ikutkan hati, nak saja aku tidur satu hari, ganti balik tidur yang tak cukup...
Ni gara-gara kerja rumah yang perlu aku settlekan. Balik dah jam 12 malam, pas tu rehat-rehat, buka plak blog.. tu yang terbabas waktu tidur.. Iks, tak boleh jadi nih (marah pada diri sendiri) Aku tak boleh amalkan jadual seperti ini, ini boleh menjejaskan kesihatan minda aku..
Malah pasti prestasi kerja aku juga akan malap nanti jika selalu ngantuk ke tempat kerja. Kuatkan semangat (pesan pada diri sendiri).
Aku pasti ramai juga blogger yang senasib dengan aku. Masalah tidur awal? Aku kena penyakit ni sejak belajar dulu dan sampai sekarang sukar untuk tidur awal kecuali penat yang terlampau....
EmoticonEmoticon