Hari semalam
Semalam, selepas selesai mesyuarat, aku pun berangkat pulang ke KL. Jam menunjukkan jam 11.30 pagi. Pada waktu itu, pengunjung Genting berpusu-pusu tiba dan beransur-ansur juga yang ingin pulang. Semasa menunggu lif, orang ramai telah beratur panjang untuk menunggu giliran lif.
Perjalanan pulang ke KL berjalan lancar. Kereta di Highway biasa sahaja. Tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Cuma aku yang amat mengantuk. Mata berat untuk dibuka dan kadang-kadang tertutup untuk terlena seketika. Amat bahaya untuk pemandu jika ini berlaku dan aku bernasib baik kerana hanya menjadi PENUMPANG...
Sampai MRR2, aku singgah di Zoo Negara. Keluarga aku semalam melawat zoo negara. Aku hanya singgah seketika untuk mengambil keluargaku. Anak-anak aku telah habis melawat semua haiwan di zoo.
Setelah mengambil kelaurgaku, aku beredar dan singgah ke Jaya Jusco wangsa maju untuk makan tengah hari. Semasa di Genting disediakan makan tengah hari tetapi aku bercadang makan dengan keluarga. Aku singgah di Restoran Johny's yang menyediakan makanan stimbot.
EmoticonEmoticon