Hari Ini Di Cherating, Pahang
Aku masih di sini, Sanctuary Resort, Cherating. Pagi yang sungguh segar di tepi pantai. Sempat aku ambil gambar suasana Kuala Sungai yang bersambung dengan pantai Cherating. Permandangan yang sungguh damai.
Sarapan di resort ini biasa sahaja. Aku dihidangkan dengan Mee Hoon, Nasi Goreng, Keropok, Roti dan Majerin, Buah potong. Minuman kopi dan teh. Sarapan kampung yang ringkas sahaja.
Sebagai urusetia, aku terima banyak complain mengenai hotel ini. Antaranya mengenai makan, pengurusan bilik dan tahap kebersihan. Ini perlu aku ambil perhatian untuk mengadakan program di sini lagi.
Bagi pengusaha hotel, perlu mengambil kira semua komen-komen pelanggan. Berusaha berikan keselesaan kepada pelanggan untuk memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dan akan terus datang ke sini. Promosi mulut ke mulut adalah yang terbaik untuk mempromosikan perkhidmatan sendiri. Jika promosi buruk mengenai perkhidmatan kita, maka rosaklah perniagaan kita.
Jauh plak aku bercerita dari topik.
Semalam aku pergi ke Kuala kemaman, cari Otak-otak dan Keropok lekor. Perjalanan dari Resort ini ke sana dalam 30 minit. Apabila petang, kedai pun hampir tutup kedai. Makan Satar dan otak-otak pun dah sejuk. Ini kerana kedai hendak ditutup tidak lama lagi. Tinggal hanya stok penghabisan. Tak ada gambar plak aku ambik, sorry sebab terlupa nak ambik gambar..
EmoticonEmoticon