05 November 2008

Hari ini aku setup blog

Hari ini di hotel Santuary Resort, Cherating, Pahang, aku memulakan setup blog aku di blogger.com. Jam sekarang menunjukkan pada 2.27 pagi. Setelah beberapa setting dilakukan pada themes, gajet dan ads, aku rasa masih banyak perlu aku lakukan.

Namun negitu, aku lupakan sekejab tentang itu semua. Aku teruskan kepada posting yang pertama. Tak sabar aku ingin lihat bagaimana wajah blog aku. Comel ker? Sesuai ker?
Jawapan itu aku serahkan kepada anda, pengunjung blog aku. Apabila aku yang membuat kesimpulan, pasti aku memuji blog aku atau pun jika aku rendah diri, aku akan katakan kurang cantik blog aku berbanding blog orang lain.

Apa sebenarnya blog aku ini?
Aku bercadang untuk menulis apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku. Sebab itulah aku namakan blog aku "Riwayat Hari Aku". Ia berkisah kepada perjalanan hidup aku sehari-hari dan aku rasakan aku perlu berkongsi dengan semua.

Apakah tujuan perkongsian ini?
Aku rasakan perkongsian penting untuk meberi pengalaman, maklumat dan pendapat kepada semua terutama rakan-rakan. Dengan komen yang membina di blog ini, aku boleh memperbaiki kelemahan yang ada di dalam diriku dan sekitarnya.

Aku berharap, blog ini akan dapat dikemaskini setiap hari walaupun aku sebenarnya telah mempunyai laman web sendiri di www.mykomuniti.com


EmoticonEmoticon