06 November 2008

Falsafah menarik aku jumpa

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...


Aku suka sangat falsafah ini. Ia menyarankan aku untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua orang. Tidak rugi apa-apa kita berkongsi ilmu kerana ia tidak pernah berkurangan malah ilmu itu makin lekat pada kita.

2 comments:

  1. i like this falsafah
    aah, kalau kedekot ilmu pun takde maknanya jugak kan..lagipun ilmu baik sama-sama kongsi,sama-sama dapat berkat ;p

    ReplyDelete
  2. Betul tu Hana, ilmu ni pahala sepanjang hayat. Contohnya kita ajar 1 ilmu baik dan orang itu guna sepanjang hayat dia, selama itu lah kita dapat pahala. Kalau 10 orang? Kalau 10 orang tu diajar plak pada 10 orang lagi. Downline banyak tu pahala...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon