27 November 2008

CastClick - Syarikat Pengiklanan Ke-10 di Malaysia

Sebelum ini, beberapa syarikat pengiklanan internet telah pun dimulakan di Malaysia, malah ada juga yang gagal untuk bertahan. VibeCast Network Sdn. Bhd merupakan syarikat terbaru yang mencuba nasib dalam media pengiklanan internet di Malaysia melalui CastClick. Ianya bukan syarikat yang baru, tetapi telah pun dimulakan sejak bulan April tahun ini lagi. Tetapi disebabkan kekurangan promosi, ramai yang masih tidak mengetahui akan kewujudannya.


Antaramuka Laman CastClick

Sama seperti laman-laman pengiklanan yang lain, CastClick juga menyediakan pilihan yang menarik untuk pengiklan dan juga pemilik laman web dan blog. Selain daripada itu, mereka juga menyediakan pilihan bentuk pengiklanan yang pelbagai, daripada iklan teks yang biasa sehinggalah bentuk pengiklanan pop-under, peel away, dan juga iklan penuh satu laman (full-page ad). CastClick turut menyediakan option pembayaran melalui pelbagai jenis bank tempatan, dan penggunaan rekabentuk yang professional tampak meyakinkan. Walaubagaimanapun, saya masih belum nampak lagi laman yang menggunakan khidmat pengiklanan daripada CastClick.

[Kredit: MohdIsmail]

Post dipetik dari: http://amanz.my/2008/641/castclick-syarikat-pengiklanan-ke-10-di-malaysia/


EmoticonEmoticon