10 November 2008

Broadband aku

Aku menggunakan broadband yang disediakan oleh U Mobile. Post ni bukan untuk promosi broadband tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman. Aku pakai broadband ni sejak bulan Jun 2008. Pakej ni yang termurah buat masa ni bagi USB Conneted berbanding penyedia perkhidmatan lain.


Sebelum ini aku menggunakan perkhidmatan streamyx. Servis bagus dan laju apabila menggunakan cable tetapi masalah tidak portable. Hanya boleh digunakan di rumah sahaja. Sebab itu aku bertukar kepada U Mobile. Mudah untuk aku mengakses internet dimana jua.

Namun begitu, U Mobile ni masih baru perkhidmatan dia. Setakat aku tahu hanya di bandar-bandar besar sahaja kawasan liputan dia seperti KL, PJ, JB. Kawasan lain, harap maaf. No service! Aku dah cuba di Port Dickson, belum ada, di Genting pun belum ada, Kuala Terengganu pun belum ada. Aku berharap benar U Mobile boleh perluaskan kawasan liputan dia.

Setakat ini, aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kelajuan perkhidmatan internet U Mobile. Boleh di beri 6 per 10 perkhidmatan internetnya. Cuma dari segi bil, agak lewat untukk diterima. Bil pertama aku terima selepas 3 bulan aku menggunakan servisnya. Begitu juga bayaran pertama aku buat, bil 3 bulan berikutnya selepas bayaran, baru masuk rekod pembayaran yang dibuat. Namun begitu, servis tidak terjejas apa-apa.


EmoticonEmoticon