17 November 2008

Balik kampung Terengganu #1

Malam Jumaat lepas aku bertolak dari KL ke kampung Terengganu untuk menziarahi ahli keluarga dan saudaraku yang akan ke Mekah. Aku betolak dari KL jam 8.30 malam. Perjalanan agak pelahan kerana sepanjang jalan hujan.

Stelah memasuki Kuantan, Pahang barulah hujan berhenti sepenuhnya. Perjalanan masih berjalan lancar. Buat makluman sumer, ini kali pertama aku balik ke kampung waktu malam. Kebiasaannya aku pulang waktu siang, lebi selesa. Ini memandangkan waktu yang agak tersesak, terpaksa juga balik pada malam tersebut.

Semasa melepasi kawasan Paka (kawasan Petronas) aku terpegun juga dengan keindahan cahaya daripada kilang-kilang minyak di situ. Aku sempat berhenti untuk menghayati ketika. Cantik sungguh... Waktu tu jam menunjukkan jam 1.00 pagi.



Malam tu aku tiba di kampungku pada jam 3.00 pagi. Masa perjalanan, mata sangat ngantuk. Nasib baik aku masih boleh bertahan sehingga sampai. kalau ikutkan hati, nak saja aku benti tidur dulu kat mana-mana. Untuk hilangkan ngantuk, terpaksalah aku makan asam sampai rasa semacam mulut aku...

Sampai di kampung, aku dimaklumkan pagi jam 5.00 rombongan haji akan bertolak ke Stadium tertutup Terengganu. Sempatlah aku berehat sekejab menunggu jam 5.00 pagi. Hilangkan penat sebentar dengan minum kopi panas. Masa ni, ngantuk sangat..


EmoticonEmoticon