10 November 2008

Aku ke Tabung Haji

Hari ni masa rehat tadi ke Lembaga Tabung Haji di Jalan Tun Razak untuk urusan pertukaran penerbangan my parent untuk menunaikan haji. My parent dapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan yang dirancangan iaitu bersama abang aku, mak sedara dan pak sedara.

Aku pergi follow up balik jika boleh masuk ke kumpulan tersebut. Malangnya penerbangan tersebut telah penuh. Hanya satu kekosongan sahaja. Penerbangan tidak boleh ditukar kerana tiada kekosongan.

Aku amat berpuas hati dengan khidmat Lembaga tabung haji. Pertama kauter tabung haji amat cantik dan bersih dan selesa. Khidmat pelanggan juga bagus sekali. Petugas kauter memberi khidmat yang baik dan memuaskan kepada aku. Kredit kepada penjaga kauter tersebut.

Teruskan perkhidmatan yang baik ini untuk memberi perkhidmatan terunggul.


EmoticonEmoticon