Majlis Jalinan Mesra Bersama MYNIC

Selamat sejahtera kepada semua rakan,

Juru acara majlis memang sempoi
Semalam, Sop telah menyertai Majlis Jalinan Mesra Bersama MYNIC dan Rumah Terbuka Aidilfitri yang telah diadakan di Saloma Bistro Jalan Ampang pada jam 2.30 petang. Jemputan ini telah diterima pada minggu lepas dan dimaklumkan domain sop.name.my terpilih sebahagian daripada program myFidele oleh MYNIC.

Ucapan oleh CEO MYNIC Berhad
Program myFidele merupakan penghargaan kepada pendaftar domain .my dibawah MYNIC Berhad. Dalam majlis tersebut, terdapat 3 kategori myFidele iaitu myFidele Gold, myFidele Reward dan myFidele Surprise. Pemenang myFidele Gold merupakan domain yang telah berdaftar lebih dari 10 tahun, myFidele Reward pula merupakan memiliki domain yang terbanyak dan myFidele Surprise pemilihan rawak semua domain .my. Maklumat lanjut myFidele, sila lawat http://www.myfidele.my

Domain sop.name.my telah terpilih myFidele Surprise dan layak menerima cabutan bertuah dalam majlis Jalinan Mesra Bersama MYNIC bersama 19 domain lain yang terpilih. Semua hadiah yang disediakan adalah lumayan iaitu bermula dengan baucer Jusco bernilai RM100 sehingga TV Pintar 55".


Juru acara dan artis jemputan bagi majlis tersebut merupakan artis raja lawak yang tidak asing lagi. Tidak kering gusi kami dengan telatah dan persembahan mereka. Selain itu, diadakan juga pertandingan karaoke, pakaian paling menarik serta hashtag instgram terbaik dan menerima hadiah hamper dalam majlis tersebut.


Alhamdulillah, dalam cabutan bertuah tersebut, Sop telah memenangi hadiah iPad. Hadiah cabutan bertuah paling besar dalam hidup Sop. Sebelum ini, jika cabutan bertuah memang susah untuk bertuah. Oleh kerana semua yang dijemput akan menerima semua hadiah, jadi semua adalah bertuah cuma beza hadiah yang akan dimenangi.

Terima kasih kepada MYNIC Berhad yang telah memilih sop.name.my memenangi myFidele.

Galeri gambar:







Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
15 August, 2015 13:27 delete

Alhamdulillah rezeki..tahniah...

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
19 August, 2015 15:10 delete

terima kasih @perdu cinta :)

Reply
avatar