Jalan-jalan ke Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15)

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

KLOBS15

Pada 7 hingga 16 Ogos 2015, telah berlangsung Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15) di Taman Botani Perdana. Kami sekeluarga berkesempatan ke KLOBS15 pada hari terakhir.

Latar belakangProgram Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15) merupakan kesinambungan dari Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 yang telah diadakan pertama kali di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada Mac 2012 dan Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2014 (KLOBS14) yang diadakan di lokasi sama pada 2014 .
Menariknya program ini menjadikan bunga orkid dan bonsai sebagai tema bagi pameran yang akan diadakan di samping tarikan-tarikan pengisian program dan aktiviti lain bagi tujuan ini.

Parking ke KLOBS15 tersebut sangat mudah kerana telah terdapat parking bertingkat telah siap. Oleh kerana masih baru, bayaran parking belum dikenakan. Agak selesa untuk ke situ apabila terdapat banyak parking disediakan.

KLOBS15
Wefie
Terdapat banyak aktiviti yang diadakan sepanjang KLOBS15 tersebut namun kami hanya sempat melihat pameran dan jualan bonsai dan orkid. Aktiviti yang diadakan adalah berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh penganjur mengikut hari dan masa tertentu.

KLOBS15

Kami tiba pada jam 12.00 tengah hari dan cuaca agak panas. Oleh kerana teruja dengan kecantikan bonsai dan orkid, kami terlupa tentang panas. Sepanjang perjalanan, kelihatan ramai yang berpeluh basah termasuk kami :)

KLOBS15
Sejukkan badan dengan berada di pancutan air
Ketika berjalan melihat pameran tersebut, kami semua berpeluh-peluh. Azfar dan Azwar mengambil peluang sejukkan badan dengan berada di bawah semburan air yang disediakan sepanjang tapak pameran dan jualan.

KLOBS15

Selesai melihat pameran orkib dan bonsai, kami seterusnya melawat taman kancil dan rusa yang berada sebelah dengan tapak pameran KLOBS15 tersebut. Ini merupakan kali pertama Sop singgah dan tidak pernah tahu tentang kewujudan taman tersebut. Terdapat beberepa ekor kancil dan rusa di taman tersebut. Walaupun kancil dan rusa tidak banyak, Sop suka lanskap yang dibina di taman tersebut.

Selesai berjalan melawat KLOBS15, kami berangkat pulang. Walaupun kepenatan, kami tetap seronok melihat keindahan flora tersebut. Sekiranya ada lagi program akan datang, kami perlu memilih waktu yang sesuai sama ada waktu awal pagi atau lewat petang untuk mengelak cuaca panas :)

Untuk maklumat lanjut mengenai KLOBS15 ini, sila layari http://www.klorchidbonsaishow.com/

Galeri gambar:

KLOBS15

KLOBS15

KLOBS15

KLOBS15

KLOBS15

KLOBS15

Lagi gambar di Album Facebook
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
Sop Nama Saya
AUTHOR
19 August, 2015 15:08 delete

lama x ke sini? blog ke KLOBS? hahaha

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
19 August, 2015 18:57 delete

2 in 1 ni..riadah bersama keluarga sambil tambah ilmu pada anak anak..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
20 August, 2015 11:54 delete

betul tu @perdu cinta
mmg sesuai dgt aktiviti tersbut :)

Reply
avatar
20 August, 2015 15:45 delete

Assalammualaikum....sop,

cantik2 bonsai dan orkid2 kat sini... mselim3 suka orkid...

mselim3

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
20 August, 2015 16:13 delete

peminat orkid harus datang
jualan bunga orkid juga menarik :)
terima kasih MSELIM3

Reply
avatar
21 August, 2015 04:56 delete

Ada nampak.banner program.hari tu. Mcm menarik je

Reply
avatar
21 August, 2015 04:56 delete

Ada nampak.banner program.hari tu. Mcm menarik je

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
21 August, 2015 08:41 delete

ooo
rugi x pergi, kalau tak boleh beli bunga orkid atau bonsai.. hahaha

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
21 August, 2015 08:41 delete

ooo
rugi x pergi, kalau tak boleh beli bunga orkid atau bonsai.. hahaha

Reply
avatar
Nora Karim
AUTHOR
21 August, 2015 09:40 delete

Bestnya dapat pulak beriadah dengan family... penat tu mmg belakang kiralah kan?!

Reply
avatar