23 July 2014

Bila Auni pandai pakai baju sendiri

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bila Auni pandai pakai baju sendiri
Mencuba pakaian Azwar
Anak yang sedang membesar akan cuba belajar seberapa banyak yang mungkin terutama perkara yang berlaku disekelilingnya. Apabila berjaya, ia bagaikan satu kejayaan dan akan terus diulangi sehingga bosan.

Perkara ini dilalui oleh Auni sekarang yang baru pandai sedikit memakai baju sendiri. Ada sahaja peluang atau pakaian, Auni akan mencuba memakainya. Apa sahaja pakaian bukan sahaja pakaian sendiri akan dicuba termasuk baju abang-abangnya malah baju Sop sendiri.

Sebagai ibubapa, pencapaian ini dilihat memberasangkan kerana anak telah berjaya mempelajari perkara yang baru. Lepas ini juga, boleh bagi Auni pakai baju sendiri bukan? Malah Auni sendiri menolak untuk dipakaikan pakaian kerana ingin pakai sendiri.

Oleh kerana telah pandai memakai pakaian sendiri jugalah, Auni seronok menukar-tukar pakaian. Malah sehingga 5 jenis pakaian akan dicubai Auni. Lebih teruk apabila habis pakaian bersepah!

Teruskan usaha Auni untuk belajar pakai pakaian sendiri. Senang papa dan mama lepas ini :)

Bila Auni pandai pakai baju sendiri
Muncong nyer

Bila Auni pandai pakai baju sendiri
Gembira apabila berjaya pakai sendiri

Bila Auni pandai pakai baju sendiri
Boleh pakai baju lain pula lepas ini :)

8 comments:

  1. Wah.. Auni pakai jubah la. Comel pulak tu buat peace. Hehe

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaha....macam-macam hal lah auni ni...sedikit sebanyak, ini yang memberikan kita kebahagiaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung skrg boleh rakam kenangan anak2 masa kecik :)
      terima kasih bro hafizul

      Delete


EmoticonEmoticon