Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4
Pintu masuk USJ
Aktiviti prcutian kami di Osaka diteruskan pada hari ketiga iaitu melawat Universal Studio Japan. Selepas bersarapan, kami terus ke Universal Studio Japan dengan menggunakan kereta api. Cuaca pada hari ini sangat baik untuk kami masuk ke Universal Studio Japan ini.

Untuk ke Universal Studio Japan tidak sukar menggunakan kereta api kerana stesyen kereta api ada di situ. Kami tiba agak awal juga di Universal Studio Japan tetapi nampaknya telah ramai pengunjung telah tiba. Beratur agak panjang untuk membeli tiket masuk ke Universal Studio Japan tetapi tidak lama.

Masuk ke Universal Studio Japan tidak terlalu ketat seperti taman tema lain. Tiada pemeriksaan bekalan makanan yang dibawa masuk. Jika tidak agak sukar juga untuk kami makan makan di dalam Universal Studio Japan tersebut. Setakat ini, tiada maklumat tentang restoran halal di dalam Universal Studio Japan tersebut :)

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4
3 jam beratur untuk bermain Spiderman ni!
Terdapat banyak permainan menarik di Universal Studio Japan ini. Kawasan  Universal Studio Japan juga luas dan menarik. Kami gak teruja untuk mencuba permainan yang terdapat di  Universal Studio Japan ini. Namun agak terkejut apabila melihat status beratur untuk bermain. Kelihatan semua permainan dewasa perlu menunggu lebih dari 2 jam.

Semasa menonton tayangan 4D, kami beratur lebih kurang 45 minit. Kelihatan permulaan yang baik tetapi apabila beratur untuk permainan seterusnya ia memakan masa 2 jam. Untuk permainan ketiga kami beratur hampir 3 jam untuk permainan yang hanya 2 minit. Bayangkan beratur untuk 2-3 jam untuk satu permainan, berapa panjang. Sistem beratur sangat bagus di Universal Studio Japan kerana susunan akan melingkar-lingkar dan akan ditambah mengikut keperluan. Dari luar pusat permainan memang tidak nampak panjang! Rasa lenguh kaki tidak terkira dan sampai terlelap-lelap ketika beratur untuk sampai ke giliran. Cuma cuaca yang sejuk menjadikan kita selesa ketika beratur.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Untuk permainan kanak-kanak juga sama. Auni ingin bermain Merry Go Round tetapi status beratur kelihatan 30 minit juga! Memang tidak boleh bermain nampaknya! Akhirnya kami pusing-pusing melihat keadaan sekitar sahaja.

Bagi mereka yang betul-betul hendak bermain di Universal Studio Japan, harus beli tiket express. Walaupun sanggup beratur panjang Sop percaya pasti tdak dapat untuk bermain semuanya kerana kehabisan masa.

Kami berada di Universal Studio Japan dari pagi hingga petang dan kemudian terus balik ke penginapan kami. Tidak sanggup lagi untuk berjalan ke tempat lain setelah kepenatan lama beratur untuk bermain 3 permainan tersebut :(

Galeri gambar:

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

 4Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4


Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Normi Nieza
AUTHOR
03 April, 2014 09:38 delete

a.sop..nak ole2 dari jepun..haha

Reply
avatar
03 April, 2014 11:08 delete

dasat le mike sop... sume gambo mike berbokeh2 ...... untong le dpt lens 50mm.......

Reply
avatar
03 April, 2014 13:09 delete

seronok nyer jalan2 kat jepun...winter yer?...tak singgah beijing?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
04 April, 2014 00:39 delete

xbeli ole2.. mahal :) hehehe

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
04 April, 2014 00:41 delete

musim spring Bunda :)
bajet utk osaka je bunda,, tokyo pun xsempat nak gi :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
04 April, 2014 00:43 delete

terima kasih D_08
guna 50mm sepenuhnya :)

Reply
avatar
08 April, 2014 09:59 delete

Assalammualaikum...sop,

seronok mselim3 tengok gambar bro nie... cantik bandar osaka nie... best sesangat. Insaallah ader rezeki gi, cuma tak tahu bila..

mselim3

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
11 April, 2014 15:03 delete

insyallah ada rezeki tu
terima kasih bro Selim :)

Reply
avatar