Cara setting remote HyppTV (UniFi) pada TV

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Sebelum ini, Sop tercari-cari juga bagaimana cara untuk set remote HyppTV (UniFi) ini kerana agak sukar untuk guna dua-dua remote. Nak buka TV cari remote TV kemudian cari remote HyppTV (UniFi) pula. Sebelum ini, guna setting remote Astro pada TV boleh berfungsi dengan baik.

Akhirnya masalah selesai apabila terjumpa perkongsian mengenai setup remote HyppTV (UniFi) pada TV dari forum Lowyat. Rupanya mudah sahaja tetapi jika tidak tahu memang susah :)

Untuk membuat setting remote HyppTV (UniFi) pada TV, sila ikuti langkah berikut:

  1. Arahkan remote HyppTV (UniFi) pada remote TV
  2. Tekan dan tahan butang 'Scan' pada remote HyppTV (UniFi) sehingga lampu menyala
  3. Tekan butang 'Power' (biru) HyppTV (UniFi) dan lampu akan berkelip-kelip
  4. Tekan dan tahan butang 'Power' pada remote TV sehingga lampu berhenti berkelip pada HyppTV (UniFi)
  5. Tekan butang 'Scan' untuk selesai
Kini butang Power pada remote HyppTV (UniFi) telah berfungsi pada TV anda.

Untuk butang lain seperti 'Volume +/-, sila ikuti langkah yang sama di atas. Ia berfungsi menyalin arahan dari remote TV kepada remote HyppTV (UniFi).

Selamat berjaya :)
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
Affy Afiqah
AUTHOR
24 January, 2014 20:35 delete

susah juga kan kalau kena guna 2 remote dalam satu masa...tercari2 tu yang payah huhu

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
04 May, 2016 22:07 delete

Dah dapat, tq tq tq....

Reply
avatar
mamak
AUTHOR
19 July, 2016 09:54 delete

TQVM. Dah boleh

Reply
avatar
Paan Hans
AUTHOR
17 September, 2016 00:31 delete

Kalau remote tv rosak? Xboleh buat ke?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
20 September, 2016 01:19 delete

X boleh sbb remote hypptv perlu baca code dari remote tv

Reply
avatar
adixmahadi
AUTHOR
03 October, 2016 18:48 delete

X jadi pon .. mcm tv lama je sy punya.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 October, 2016 20:23 delete

Hala remote depan2
Pastikan ikut langkah di atas satu persatu :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
22 January, 2017 15:20 delete

Kalau remote tv dah hilang macam mana 😑 taktau la kelangit mana budak2 ni main remote..

Reply
avatar
23 January, 2017 07:56 delete

Kalau hilang Mmg x dpt buat Sbb fungsi langkah di atas ialah utk salin kod dari remote asal

Reply
avatar