Auni masuk wad Gleneagles Medical Centre

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Entry sebelum ini ada bercerita tentang Auni demam. Selepas 4 hari, kami membawa kembali ke klinik untuk pemeriksaan susulan. Oleh kerana demam tidak turun dan suhu bertambah, kami diminta untuk merujuk ke hospital. Risau juga setelah 4 hari masih demam tidak sembuh.

Kami telah ke Gleneagles Medical Centre Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Oleh kerana 4 hari, doktor cadangkan untuk masuk ke wad untuk rawatan dan pemeriksaan penuh. Hasil ujian darah didapati hanya demam biasa. Alhamdulillah, tiada penyakit lain kecuali demam, batuk dan selsema.

Auni masuk wad Gleneagles Medical Centre

Pada malam Selasa, Auni mula berada dalam wad. Wad di Gleneagles Medical Centre Kuala Lumpur pun penuh dan kami terpaksa menunggu lama untuk mendapat wad. Itupun bilik berdua sahaja yang ada walaupun kad kesihatan kami layak untuk kos bilik seorang.

Pada awal tiba sebelum masuk wad, doktor dan jururawat telah bertukus lumus untuk mendapatkan darah dan memasang wayar saluran darah. Ketika itu, agak lama Auni menangis sehingga fobia berjumpa doktor dan jururawat. Pasti akan takut jika ada doktor atau jururawat yang datang.

Pada hari pertama Auni dimasukkan air menggunakan tube. Selepas pemeriksaan doktor, tube tersebut tidak perlu diperlukan lagi kerana Auni boleh makan dan minum dengan baik. Agak lega apabika tidak menggunakan water drip tersebut. Jika tidak, agak sukar untuk Auni bergerak. Malah Auni pada peringkat awal mengadu hendak mencabutnya :)

Auni masuk wad Gleneagles Medical Centre
Daripada tidak suka sampai boleh pakai sendiri
Apabila berada di wad, kawalan boleh dilakukan setiap masa. Cukup masa, diberikan ubat dan suhu badan diambil secara berkala. Berada di wad memang bagus cuma ibubapa yang susah :)

Proses rawatan bermula dari masa ke semasa ke atas Auni. Demam semakin turun dan batuk juga semakin berkurangan. Pada hari Rabu, Auni tidak lagi demam kecuali batuk dan selsema. Oleh kerana agak sihat, Auni mula tidak duduk diam dan hendak bermain. Terpaksa kadang-kala membawa Auni ke tempat mainan dan pusing-pusing sekitar wad.

Auni masuk wad Gleneagles Medical Centre

Auni masuk wad Gleneagles Medical Centre

Semalam doktor maklumkan Auni akan boleh balik hari ini jika tidak lagi demam. Hari ini kami telah bersedia untuk membawa Auni balik tetapi tetiba Auni demam kembali. Nampakntya kena tahan lagi Auni di wad Gleneagles Medical Centre Kuala Lumpur :(

Doakan agak Auni cepat sembuh yer :)

Auni masuk wad Gleneagles Medical Centre
Spiderman peneman Auni (barbie xda...)

Previous
Next Post »