Auni demam dan meragam



Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anak demam pasti merisaukan ibubapa bukan?
Anak masih kecil agak sukar apabila demam. Keadaan pasti tidak selesa dan meragam. Semua perkara pasti tidak kena. Sop percaya ibubapa pasti tidak senang dibuatnya.

Auni baru sahaja demam pada Jumaat lepas dan sekarang masih belum sembuh walaupun semakin sembuh. Namun batuk dan selsema masih belum reda.

Setakat ini prestasi Auni agak baik berbanding abang-abangnya kerana Auni mendapat susu ibu sepenuhnya. Oleh itu, antibodi agak kuat dan sukar untuk demam. Apabila jarang demam, sekali demam agak risau kami sekeluarga.

Pada peringkat awal, apabila batuk pasti Auni akan termuntah kerana tidak dapat mengawal batuk. Tetapi selepas 2 hari Auni tidak lagi muntah walaupun terbatuk-batuk. Mungkin Auni telah pandai mengawal muntah.

Makan ubat pun sudah sukar sekarang ini berbanding masa kecil. Bila hendak bagi makan ubat, mula Auni menangis tidak tidak membuka mulut. Oleh kerana untuk sembuhkan demam, dipaksa juga walaupun kesian lihat Auni menangis.

Moga Auni cepat sembuh :)
Previous
Next Post »