Bawah mata Auni lebam terkena tangga

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kanak-kanak yang mendapat kaki (boleh berjalan) akan mula menjadi aktif dan cergas. Ketika ini, berjalan bagaikan hobi yang tidak boleh dihenti kerana jika boleh setiap masa hendak berjalan. Ketika ini juga, kanak-kanak agak belajar memanjat dan melompat dan sebagainya.

Perkara tersebut yang dilalui oleh Auni sekarang setelah mendapat kaki. Bukan sahaja tidak duduk diam tetapi memanjat sana dan sini. Kami yang melihatnya pun risau! Hendak lihat Auni diam hanya ketika tidur sahaja. Kikiki

Baru ini, kami ke AEON AU2 untuk meronda dan sempat singgah berbelanja di DAISO Japan. Selepas itu, kami singgah di pusat permainan medan selera AEON AU2 untuk bagi anak-anak bermain termasuk Auni. Ketika itulah bawah mata Auni mendapat lebam!

Bawah mata Auni lebam
Sakit kan Auni? Sori yer
Semasa 30 minit bermain, semua berjalan lancar. Panjat tangga turun gelunsur, naik itu dan ini. Malah, abang-abang turut membantu dengan pengawasan sepenuhnya Sop. Sungguh seronok nampaknya Auni. Namun keseronokkan tersebut hilang apabila Auni terhantuk pada tangga ketika cuba naik ke gelunsur. Sop ada dibelakang mengawal keadaan dan ketika hendak jatuh Sop telah memegang Auni tetapi muka terkena pada tangga. Nasib baik tidak jatuh kebelakang!

Auni menangis dan kami cuba memujuknya. Sekejab kemudian, lebam dan bengkak pun muncul. Kami cuba letak Ais tetapi lebam yang dekat dengan mata menyukarkan untuk kami letak ais pada lebam tersebut.

Kesilapan yang tidak dijangka. Lain yang dijaga lain pula yang kena. Ketika ini, memang cabaran menjaga Auni. Banyak perkara yang sering merisaukan kami terutama memanjat.

Masih tetap aktif seperti biasa :)
Kesian Auni apabila melihat lebam pada bawah mata tersebut. Walaupun telah masuk 3 hari, kesan lebam tersebut masih belum hilang. Ada petua hilangkan lebam?
Previous
Next Post »