Jom shopping kat DAISO Japan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah dengar tentang DAISO Japan?
Sop ada juga dengar-dengar tetapi tidak pernah pula jumpa. Semasa meronda-ronda di AEON Setiawangsa baru-baru ini terserempak dengan DAISO Japan ini. Rupanya kedai yang menjual pelbagai jenis barangan kelengkapan rumah. Apa lagi, terus ler usha apa yang ada di DAISO Japan ini.

Jom shopping kat DAISO Japan

Kedai DAISO Japan ini menjual semua barangan dengan harga RM5 sahaja. Menariknya, DAISO Japan menjual banyak jenis barangan untuk keperluan pengguna. Walaupun murah tetapi kualiti kelihatan sangat baik dan menarik.

Walaupun nama kedai DAISO Japan tetapi barang yang bukan 'made in Japan'. Barang yang dibuat dari pelbagai negara dan banyak dari China tetapi untuk DAISO Japan. Oleh sebab itu, kualiti adalah baik kerana barang dijaga oleh DAISO Japan.

Jom shopping kat DAISO Japan
Auni hendak beli apa tu?

Seronok masuk kedai DAISO Japan ini kerana banyak barang-barang yang ceria dan menarik.

Jika terserempak dengan kedai DAISO Japan ini, jangan lupa untuk singgah yer :)
Previous
Next Post »