Apa jenis tayar kereta anda?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Entry sebelum ini, dimaklumkan bahawa tayar kereta Sop telah ditikam dengan kejamnya oleh gunting yang dibuang di tengah jalan.

Apa jenis tayar kereta anda?

Hari ini, Sop berkesempatan untuk ke bengkel tayar kereta untuk memeriksa tayar yang tercucuk gunting tersebut dengan harapan boleh menampalnya. Andaian Sop yang tayar tersebut tidak boleh ditampal menjadi kenyataan yang mana ternyata koyak akibat ditikamaan gunting agak besar kesar. Terpaksa tayar tersebut diganti dengan tayar baru! Adus!

Apa jenis tayar kereta anda?
Tayar Silverstone
Sop telah ditawarkan dengan tayar Silverstone dengan harga RM150.00 sebiji. Oleh kerana agak biasa dengan nama tayar Silverstone tersebut, akhirnya Sop bersetuju dengan menukar tayar berkenaan. Tayar sebelum ini adalah jenama Good Year. Tayar dihadapan juga sebenarnya telah agak kehabisan bunga berbanding di tayar belakang. Jadinya terpaksa Sop menukar kesemua tayar kereta berkenaan.

Apa jenis tayar kereta anda?

Paling tidak suka ke bengkel atau kedai tayar ialah ada sahaja barang lain yang perlu ditukar. Mulanya tempat mengisi angin kerana telah keras (bila rasa tidaklah keras sangat) dan kemudian buat alignment. Apabila buat alignment, perlu pula pasang chamber kerana tidak boleh hendak setting alignment!

Ada sahaja barang lain yang perlu ditambah atau ditukar! Fikir jika tidak tukar nanti akan datang masalah akan datang pula. Agak muskil juga adakah perlu ikut cadangan mekanik tersebut takut mereka haya sekadar ingin melariskan barang mereka? Oleh kerana fikirkan tentang keselamatan, Sop ikut sahaja cadangan tersebut.

Apa jenis tayar kereta anda?

Bukan apa, tayar adalah elemen penting dalam keselamatan kenderaan. Risiko sangat tinggi jika ada masalah dengan tayar. Oleh itu, adalah penting kita memastikan tayar berada dalam kedudukan terbaik. Sama juga dengan pemilihan tayar, mungkin ada tayar yang lebih murah tetapi kualiti pasti akan kurang baik!

Setelah hampir 1 jam menanti, akhirnya penukaran tayar siap. Dengan penukaran tayar baru ini, pemanduan kereta lebih yakin.

Apa jenis tayar kereta anda?
Adakah anda melalui pengalaman yang sama ketika di kedai tayar kereta?
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Ridz Ayeop
AUTHOR
08 October, 2016 03:43 delete

Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Reply
avatar