Kerana gunting tayar binasa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kerana pulut santan binasa pepatah yang biasa kita dengar bukan?
Kerana gunting tayar binasa pula merupakan kejadian yang terjadi kepada Sop semalam yang mana sebuah gunting telah menikam tepat pada tayar kereta Sop!

Kisahnya bermula semalam yang mana Sop melawat Hulu Langat untuk 'survey' tempat mesyuarat untuk hari ini. Setelah singgah dan melihat tempat tersebut, kami bercadang untuk ke sungai congkak atau kawasan lain yang boleh bermandi-manda. Semasa perjalanan ke kawasan mandi-manda tersebut tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu melekat pada tayar. Sop terus berhenti di tepi jalan untuk meninjau perkara tersebut.

Kerana gunting tayar binasa
Gunting telah menikam tayarku dengan kejam!
Sungguh terkejut kerana sebuah gunting telah terpacak pada tayar belakang kereta. Siapa agaknya gunting baju tengah jalan? (lupakan persoalan tersebut)

Pemilik gunting ini dikehendaki, sila mengaku yer
Dengan keadaan sedih, terpaksalah Sop menukar tayar tersebut kepada tayar 'spare'. Sedih kerana tayar bocor dan kemungkinan kena tukar tayar baru. Maklum sahaja tercukuk gunting, kemungkinan besar tidak boleh membuat tampalan kepada tayar tersebut! Koyak akibat gunting tersebut agak besar!

Nasib pakai baju Superman, kuat sikit! :)
Selepas selesai menukar tayar, kami beransur pulang dengan membatalkan perancangan untuk mandi sungai. Anak-anak agak kecewa kerana mereka terkobar-kobar untuk mandi sungai sejak dari rumah lagi! Mungkin bukan rezeki kami untuk mandi-manda semalam :)

Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hati memandu. Malang tidak berbau bukan?

Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Previous
Next Post »