12 April 2013

Projek Pasang Kabinet Dapur IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Beberapa entry kebelakangan ini, Sop ada bercerita mengenai IKEA sahaja. Sebenarnya pergi sehari sahaja tetapi entry terpaksa dipecahkan kepada beberapa entry seperti berikut:

Projek pasang karbinet IKEA
Projek sebenarnya ialah pemasangan kabinet dapur IKEA. Ini adalah kali kedua Sop memasang karbinet dapur. Sebelum ini, karbinet dapur IKEA ini telah dipasang tetapi ruang yang berlainan. Jadi tiada masalah untuk pemasangan kali kedua kerana telah mempuanyai pengalaman.

Semasa membuat tempahan barangan di meja bantuan IKEA, pembantu jualan agak heran bagaimana kami tahu barang-barang yang hendak diorder. Biasanya pembantu jualan yang mencadangkan peralatan yang diperlukan berdasarkan maklumat diberikan.

Projek pemasangan berjalan lancar kecuali ketika pemasangan sink. Potongan saiz papan atas menyukarkan proses pemasangan sinki. Agak stress juga ketika itu kerana hasil yang kurang baik. Setelah beberapa kali membuat pembetulan, akhirnya semua selesai.

Projek pemasangan kabinet IKEA ini memakan masa 2 hari tetapi siap sepenuhnya ialah 2 minggu. Huhuhu Sop tersangkut pada sinki dan paip air. Pada waktu malam dan hari Ahad, kerja-kerja pertukangan tidak dibernarkan, Kena tunggu Sabtu minggu berikutnya.

Kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan karbinet dapur IKEA, Sop cadangkan anda pasang sendiri. Proses pemasangan tidak sukar tetapi memerlukan peralatan (tools) yang mencukupi. Jika tidak yakin, boleh membuat mendapatkan khidmat kontraktor daripada IKEA.

Pemasangan sendiri sangat menjimatkan disamping boleh mengasah bakat pertukangan. Sekali-sekala bekerja fizikal ini, boleh membantu menyegarkan tubuh badan kita :)

Jom layan gambar:
Open box tengok manual dahulu 

Ruang asal sebelum dipasang karbinet

Auni yang teruja hendak bantu juga

Add caption

Add caption

Melekatkan pada dinding (ada model percuma situ)

Malas hendak sapu, guna hampagas... hehehe

Pemasangan papan atas dan sinki

Azfar memasang pintu
  
Berhajat menjadi model :)

Pemasangan aksesori

Siap dipasang

Dari sudut depan

Akhirnya semua siap kecuali pemasangan kepala paip :)

16 comments:

  1. Lubang untuk sinki tu tuan tebuk sendiri ke, IKEA tolong buatkan?
    Btw, good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lubang tebuk sendiri. sy pinjam mesin gergaji dengan kawan :)
      terima kasih en nazri

      Delete
  2. bole sy tahu brpe hrga kabinet tu di ikea mase tuan beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kabinet tu per item. Kotak harga lain, pintu harga lain, sinki harga lain, top harga kain, aksesori harga lain. Total lebih kurang rm2k kalau X silap. Puan boleh dapatkan anggaran harga menggunakan aplikasi ikea design

      Delete
    2. Harga kabinet tu per item. Kotak harga lain, pintu harga lain, sinki harga lain, top harga kain, aksesori harga lain. Total lebih kurang rm2k kalau X silap. Puan boleh dapatkan anggaran harga menggunakan aplikasi ikea design

      Delete
  3. boleh x encik listkan nama kelengkapan yg basic spt nama sink, kotak, top, pintu n pemegang pintu jika ada kelapangan? terima kasih sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama saya tidak ingat. paling mudah puan ke IKEA bahagian dapur, boleh berjumpa dengan pembantu jualan untuk design. automatik senarai peralatan diperlukan dengan harga boleh diprint out.
      apa yg saya buat dulu ialah:
      - pastikan panjang kabinet diperlukan untuk tahu jumlah kotak dan top kabinet
      - setiap item barangan ada banyak pilihan (warna, bentuk, saiz dan sebagainya) boleh pilih terus di IKEA
      - boleh lihat contoh terus di bilik pameran IKEA dan catat untuk pilihan
      - sila rujuk dengan pembantu jualan ikea jika ada pertanyaa :)

      Delete
    2. rujuk http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/kitchen/ untuk maklumat lanjut :)

      Delete
  4. Cantik. Kabinet ni mesti drill ke dinding ke? Atau mudah alih? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drill pada dinding untuk lekatkan sahaja tidak.bg bergerak. Boleh alih jika hendak ubah

      Delete
  5. Assalam..boleh tau brp kos kabinet seperti di atas tu?

    ReplyDelete
  6. Encik..klo ikea yg tebuk kn sinki tu blh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. X boleh. Tiada perkhidmatan tebuk sinki oleh IKEA
      Jika pasang semua kabinet oleh kontraktor dicadang oleh IKEA ada :) sila rujuk dengan IKEA

      Delete


EmoticonEmoticon