Makan malam di Restoran IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Siapa suka makan di Restoran IKEA?
Jika mereka pernah makan di Restoran IKEA pasti akan menyeraikan dalam senarai kegemaran makanan di sini. Paling menjadi kegemaran ramai ialah bebola daging IKEA yang cukup terkenal. Sop tidak perlu lagi cerita tentang keenakan bebola daging ini kerana semua tahu ianya sedap.

Agak lama juga bebola daging ini tidak dijual sebelum ini kerana menjalani ujian DNA. Setelah semua telah lulus dan 100% halal, kini pengunjung boleh menikmati kembali keenakkan bebola daging IKEA ini.

Ini adalah kali pertama Auni makan di Restoran IKEA ini. Walaupun menu banyak, Auni boleh makan kentang goreng sahaja. Kecian Auni, pesan macam-macam tetapi boleh makan itu sahaja :)

Jika ke IKEA, jangan lepaskan peluang singgah menjamu selera di IKEA. Sop selalu singgah jika pelanggan tidak terlalu ramai. Jika terlalu penuh, terpaksa makan di gerai IKANO sahaja.. huhuh

Makan malam di Restoran IKEA
Menulis pesanan makan :)

Spaghetti menu kanak-kanak

Nugget juga menu kanak-kanak

Mencuba kentang goreng

Bebola daging

Makan kentang lagi

Kentang lagi... huhuh

Ayam goreng? Auni tengok sahaja papa makan yer... Hhehehe

Previous
Next Post »