Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Mandi manda di Sungai Kemensah
Dalam entry sebelum ini, Sop ada berkongi maklumat tentang Jom berkelah di Celi Chalet, Sungai Kemensah. Ketika itu, Sop pergi untuk membuat tempahan sahaja.

Semalam kami sekeluarga telah Celi Chalet Sungai Kemensah untuk mandi manda. Pada awalnya kami membuat tempahan untuk hari Ahad tetapi kerana ada ahli keluarga lain punyai urusan lain, perancangan terpaksa tukar hari kepada hari Sabtu. Pada asalnya kami menempah sebuah chelet tetapi penuh dan hanya pondok yang ada kekosongan.

Apabila berkelah, aktiviti utama yang akan dilakukan di sungai mestilah mandi manda bukan?
Anak-anak tidak sabar untuk ke Sungai Kemensah apabila menunggu lama ahli keluarga lain. Sampai saja di Celi Chelet, anak-anak terus bersiap untuk mandi manda.

Disamping mandi manda, operasi makan juga bermula. Ketika itu telah tengah hari yang mana masing-masing telah lapar. Kami telah mengagih-agihkan menu yang perlu dibawa oleh setiap ahli keluarga. Pelbagai menu yang dibawa termasuk menu bakar membakar. Berkelah mesti ada aktiviti bakar membakar bukan? Baru seronok!

Cuaca semalam juga baik yang mana cerah sepanjang hari. Ada juga ketikanya hujan rintik-rintik tetapi tidak lebat dan kemudian kembali cerah. Kami boleh mandi manda sehingga petang. Anak-anak juga seronok mandi manda dan menangkap ikan. Hasil tangkapan banyak juga tetapi semua anak ikan sahaja Huhuhu.

Auni juga telah mandi manda di Sungai Kemensah tersebut. Bukan main seronok lagi Auni dapat main air sejuk! Huhuhuh

Galeri gambar:


Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Arang terbaik diperlukan

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Air sejuk!

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Bekalan yang dibawa

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Auni pun hendak mandi?

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Seronok dapat berendam

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Hati-hati batu banyak

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Anas, seronok kan?

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Alya berendam 
Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Tangkap anak ikan

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Pondok yang disewa

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Bakor!

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Lapar ke tu?

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Siapkan juadah bakar membakar

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Auni dikuantin dahulu atas pondok

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Main pasir pun boleh

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Daging kambing..

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Sedia untuk dimakan

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Pengawasan orang dewasa sentiasa ada

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Auni pun mandi sungai... yey

Berkelah di Sungai Kemensah, Selangor
Dah penat mandi, masa untuk berehat di pondok

Previous
Next Post »