Searching...
18 March 2013

Jom berkelah di Celi Chalet, Sungai Kemensah

Monday, March 18, 2013
Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Celi Chalet, Sungai Kemensah
Celi Chalet, Sungai Kemensah
Sedang mencari aktiviti semasa cuti sekolah ini?
Jika anda ingin menghayati alam sekitar dengan flora dan fauna, berkelah salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan.

Di Malaysia, terdapat banyak tempat perkelahan yang menarik dan selesa. Sungai dan air terjun antara contoh tempat perkelahan yang menarik untuk dilawati.

Jika di Kuala Lumpur, sungai yang paling hampir ialah Sungai Kemensah yang terletak di Hulu Kelang, Sungai Congkak di Hulu Langat dan Sungai Pancing di Selayang. Sungai Kemensah adalah paling terdekat dengan Kuala Lumpur.

Petang tadi kami ke Celi Chalet, Sungai Kemensah untuk membuat tempahan. Sebelum ini, kami pernah ke Sungai Kemersah tetapi menyewa di tempat lain iaitu Teratak Angah. Kami pernah pernah bertanya di Celi Chalet, Sungai Kemensah dulu tetapi selalu penuh. Pengunung ramai ke sini untuk berkelah kerana kemudahan dan keselesaan yang disediakan. Oleh itu, tempahan awal perlu dilakukan,

Di Celi Chalet, Sungai Kemensah, terdapat jenis sewaan yang disediakan iaitu chalet, pondok dan tapak perkelahan. Kos sewaan adalah seperti berikut:
  • Chalet - RM 50 untuk sekeluarga (RM 15 extra untuk setiap melebihi dari 1 keluarga)
  • Pondok - RM 30 untuk sekeluarga (hanya ada 2 pondok sahaja)
  • Tapak berkelah - RM 15 untuk sekeluarga
Beberapa kemudahan asas disediakan di Celi Chalet, Sungai Kemensah ini iaitu tandas dan surau.

Kami suka untuk berkelah di Celi Chalet, Sungai Kemensah ini kerana kawasan yang cukup bersih dan ruang parking yang agak besar.

Kami telah membuat tempahan untuk aktiviti berkelah pada hari Ahad depan.

Kepada rakan-rakan ingin membuat pertanyaan mengenai Celi Chalet, Sungai Kemensah, sila hubungi nombor yang terdapat pada gambar.

Peta Sungai Kemensah

Lihat Peta yang Lebih Besar

Galeri gambar:
Chalet


 Celi Chalet, Sungai Kemensah
Surau

 Celi Chalet, Sungai Kemensah
Elektrik dan kipas disediakan

 Celi Chalet, Sungai Kemensah
Kawasan yang bersih

 Celi Chalet, Sungai Kemensah
Pintu masuk

Celi Chalet, Sungai Kemensah
Sungai sepanjang chalet

Celi Chalet, Sungai Kemensah
Suasana redup di bawah pokok

Celi Chalet, Sungai Kemensah
Harga sewaan

Celi Chalet, Sungai Kemensah
Kaunter bawah pokok :)



Anda baru saja membaca artikel bertajuk Jom berkelah di Celi Chalet, Sungai Kemensah dalam kategori berkelah / Kuala Lumpur / Percutian / Tempat dari URL http://www.sop.name.my/2013/03/jom-berkelah-di-celi-chalet-sungai.html. Sila kongsi artikel ini kepada rakan melalui laman sosial di bawah.
  • comments powered by Disqus

    0 comments:

    Post a Comment